Selamat Datang Ke Sekolah Kami

Assalamualaikum...Selamat Datang ke Blog Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat Selangor...

Thursday, February 9, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan pada hari Sabtu 11.02.2012 merupakan hari sekolah 
ganti sempena cuti Tahun Baru Cina, semua murid diwajibkan hadir.
3. Sehubungan itu, pada hari tersebut pihak sekolah akan mengadakan 
sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Murid-murid yang beragama Islam 
dikehendaki berpakaian baju melayu yang lengkap untuk murid lelaki manakala 
baju kurung untuk murid perempuan dan berkasut sekolah.   
Waktu persekolahan akan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan amatlah dihargai.